Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penulis blog mohon gugur tuduhan hina Agong

hinaagong

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog, Effi Nazrel Saharudin yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, dalam akaun Twitternya tahun lalu, akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan dua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Effi Obefiend, 35, didakwa atas dua pertuduhan mengeluarkan komen-komen bersifat jelik terhadap Seri Paduka di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong di sini antara pukul 11.21 pagi dan 11.23 pagi, 1 Jun 2013.

Peguam, Syaredzan Johan, yang mewakili Effi Nazrel selaku orang kena saman (OKS) memaklumkan mahkamah hari ini bahawa representasi itu akan dihantar pada minggu ini ke Jabatan Peguam Negara atas alasan tiada kes yang boleh dibuktikan terhadap anak guamnya itu.

Sehubungan itu, Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan pengurusan kes itu pada 16 Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nor Zalizan Lazarous mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Pada 5 Jun lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihantar melalui akaun Twitter miliknya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Komen


Berita Berkaitan