Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penulis blog mati ditetak

penulish
RAFIDA dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka selepas ditemui dalam keadaan cedera parah.

 

Dhaka: Penulis blog kelahiran Bangladesh dan memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) mati ditetak kelmarin, manakala isterinya parah.

Ketua Polis Dhaka, Sirajul Islam berkata, mayat Avijit Roy ditemui berlumuran darah di samping isterinya, Rafida Ahmed Banna, yang kritikal.

“Rafida berada dalam keadaan parah dan hilang satu jari,” katanya.

Avijit dikenali sebagai penganut fahaman ateis dan mengasaskan blog Mukto-Mona (Minda Bebas) yang giat memperjuangkan fahaman sekular liberal.

Menurut saksi, Avijit, 40, bersama Rafida dalam perjalanan pulang dari pesta buku apabila mereka diserang dua lelaki tidak dikenali.

Sebelum ini, kumpulan Islam tempatan mendesak Avijit dihukum gantung di khalayak ramai kerana aktif menghasilkan tulisan memperlekehkan Islam.

Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan sama ada kumpulan itu terbabit dalam serangan berkenaan.

Keluarga Avijit pula mendakwa dia menerima banyak e-mel ugutan daripada kumpulan Islam radikal.

Avijit mendapat kewarganegaraan AS dan menerbitkan beberapa buku, termasuk Biswasher Virus (Virus Keimanan). – AFP

Komen


Berita Berkaitan