Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penugasan Anggota Bersenjata Di Balai Polis Daerah Kota Kinabalu

m.chandra-600x400

KOTA KINABALU- Pihak Polis Kota Kinabalu akan menempatkan anggota
polis bersenjata bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kesemua
balai polis di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, penugasan anggota polis bersenjata di setiap balai polis bertujuan meningkatkan tahap keselamatan balai
balai polis.

Selain itu, ia turut bertujuan untuk memberi latihan asas kepada
anggota untuk bertindak sepantas mungkin dalam menangkis sebarang
ancaman ke atas keselamatan balai polis dan sekaligus menilai tahap
disiplin dan kesiapsiagaan anggota yang ditugaskan.

“ Keadaan keselamatan semasa daerah Kota Kinabalu adalah terkawal.
Walau bagaimanapun pihak polis  akan tetap meningkatkan tahap kawalan
keselamatan dengan menempatkan anggota bersenjata di balai-balai
polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disamping itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak gusar
dengan penglihatan anggota keselamatan bersenjata di semua balai polis di daerah ini.

“ Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan
khabar angin yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak yang
tidak bertanggung jawab kerana kawalan keselamatan bersenjata api oleh anggota keselamatan adalah mengikut arahan keselamatan balai polis,” katanya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan