Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penubuhan parti baru tidak jejaskan kekuatan UMNO Sabah

8:53pm 23/07/2016 Leolerry Lajius 134 views Tempatan
Zahid bersalaman dengan para tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

Zahid bersalaman dengan para tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Penubuhan parti baru tidak akan menjejaskan kekuatan UMNO di Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marhaban berkata, penubuhan parti baru tidak akan menjejaskan kekuatan UMNO di negeri ini kerana Sabah telah sebati dengan UMNO.

“Apa sekalipun parti yang ditubuhkan di negeri ini kita tidak melihat ia akan menjejaskan kekuatan UMNO kerana ia adalah perkara biasa dan tidak memberikan kesan kepada UMNO,”katanya ketika ditemui media sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau, di rumah kediamannya di sini, hari ini.

Tambah beliau, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan diteruskan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan diteruskan dan saya yakin UMNO akan terus menjadi pilihan rakyat Sabah dan akan terus meraih kemenangan dalam pilihan raya akan datang,”katanya.
Mengulas mengenai UMNO bahagian Semporna, UMNO Semporna masih kukuh dan tidak seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

“Semporna memang kubu kuat UMNO dan sejarah itu akan terus dipertahankan,”katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman serta barisan pemimpin yang lain. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan