Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penubuhan JJ Football Club bantu perkasakan mutu sukan bola sepak Sabah

TENOM : Penubuhan  JJ Football Club di daerah  ini akan menjadi faltfrom bagi  mencungkil bakat-bakat terpendam dalam sukan bola sepak di negeri ini khususnya di daerah Tenom. 
 
Pengerusinya Jamawi Jaafar berkata penubuhan kelab tersebut melalui pelbagai pendekatan dan program sukan bola sepak akan berusaha bersama persatuan persatuan sukan yang lain khususnya SAFA untuk mentransformasikan pembangunan serta agenda sukan  khususnya bola sepak negara seiring dengan kepesatan pembangunan .
 
“Penubuhan kelab ini matlamatnya untuk memperkasakan mutu serta pencapaian dalam bidang bola sepak khususnya bagi menyediakan pemain pelapis pada masa akan datang” katanya ketika ditemui selepas menutup program Klinik Asas Bola Sepak Junior yang bertemakan “ Back To Basic” di padang Pekan Tenom baru baru ini.
Program  tersebut anjuran bersama Persatuan Belia Manining Pogokon (MAPA) Tenom dan Biro Sukan Pemuda UMNO Tenom dengan disokong Media Mix Team (MMT) serta stesen radio komuniti Kupikupi FM. 
 
Seramai 361 perserta melebihi dari sasaran  seramai 200 peserta  telah menyertai klinik yang berlangsung selama  dua hari ini  yang dibimbing oleh beberapa orang jurulatih antaranya jurulatih Pasukan Sabah, Jelius Ating, Jurulatih Liga Simpanan Justin Ganai bekas pemain Sabah dan Kebangsaan Matlan Marjan ,Zainizam Marjan serta beberapa jurulatih bola sepak bertuliah dari Sabah. 
 
Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Kelab tersebut akan memainkan peranan  merangka serta melaksanakan program pembangunan sukan bola sepak  sebagai satu strategi jangka panjang yang bukan sahaja matlamatnya untuk meningkatkan kemahiran pemain dalam sukan bola sepak tapi sebagai satu usaha mencungkil bakat bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat bahagian, negeri dan nasional. 
 
“ Usaha ini akan kita laksanakan secara berterusan selari dengan misi Ketua Menteri yang juga Presiden SAFA  Datuk Seri Musa Haji Aman yang ingin melihat kecermalangan mutu dan pencapaian sukan bola sepak di negeri ini dimana semua pihak khsusnya persatuan atau kelab kelab sukan bola sepak perlu membantu usaha SAFA  bagi mencapai matlamat tersebut ” katanya. 
 
Katanya, kelab tersebut akan mengadakan program sukan bola sepak melalui kejohanan,latihan dan klinik bola sepak agar sukan bola sepak boleh berkembang maju disamping menampilkan bakat baru sebagai pemain pelapis yang akan,mengambil alih peranan pemain lama apabila mereka bersara. 
 
“ Penyertaan yang  begitu amat mengalakkan pada program kita kali disamping sokongan dari ibubapa membuktikan sukan bola sepak dimintai dan mendapat tempat dihati masyarakat khususnya di kalangan generasi muda” katanya. 
Jamawi berkata, program itu akan diteruskan sebagai antara usaha membantu pasukan Sabah mencari bakat baharu bola sepak yang boleh diketengahkan untuk menaikkan semula imej bola sepak negeri.
Sementara itu  seorang poeserta  Alverion Salikin 15 p[elajar  SM Mantailang Tenom ketika ditemui berkongsi pengalaman dimana penyertaaan beliau dalam klinik tersebut dapat mempelajari teknik bermain bola sepak dengan betul. 
 
Menurutnya , sebelum ini  beliau hanya bermain bola sepak mengikut minat dan melihat cara pemain-pemain bola sepak profesional bermain, tanpa sebarang bimbingan daripada mana-mana jurulatih.
Dalam pada itu, seorang bapa,  Salikin Datuk  OKK Sangau  45 , berkata, dia menyambut baik usaha yang dilakukan oleh  JJ Football Club menganjurkan klinik bola sepak tersebut untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan kanak-kanak tempatan.
 
“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah, selain mendedahkan mereka teknik bermain bola sepak dengan betul. “katanya. /SayangSabah
SEMANGAT MEMBARA Jamawi bersama pembimbing (tengah) dan para peserta yang menyertai klinik tersebut menunjukan isyarat bagus selepas majlis perasmian program tersebut.

Komen


Berita Berkaitan