Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penubuhan ICSC Petronas-Yayasan Sabah Komitmen Pulihara Alam Sekitar – Musa

imbak

KOTA KINABALU:  Pembangunan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC), usahasama Petronas dan Yayasan Sabah, membuktikan komitmen kerajaan negeri Sabah terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pada masa sama, beliau berkata pusat tersebut membolehkan pengetahuan tentang kaedah terbaik dalam pemuliharaan alam sekitar dapat dikongsi bagi memacu pembangunan dan kemajuan negeri.

“Dari segi jangka panjang, ICSC akan melahirkan lebih ramai saintis dan pakar kajian alam sekitar tempatan yang mampu mencipta formula terbaik bagi mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

“ICSC dijangka mempunyai skala dan kemudahan yang lebih besar daripada Lembah Danum dan Lembangan Maliau,” katanya ketika melancarkan projek ICSC di sini Jumaat.

Ketua Menteri yakin ICSC bernilai RM77 juta itu akan menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, latihan dan pendidikan seperti Lembah Danum yang kini terkenal di dunia.

Oleh itu, Musa berharap Akademi Sains Malaysia akan turut terlibat untuk jangka masa yang panjang di Kanyon Imbak seperti The Royal Society, United Kingdom yang telah membantu membangunkan penyelidikan, latihan dan pendidikan di Lembah Danum sejak 30 tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata usahasama Petronas dan Yayasan Sabah dalam pembangunan ICSC merupakan fasa kedua dalam Kerjasama Konservasi Kanyon Imbak Petronas-Yayasan Sabah.

Katanya, Petronas menyediakan pembiayaan kos pembinaan ICSC sebanyak RM77 juta sementara Yayasan Sabah bertanggungjawab memantau semua aktiviti pembinaan yang dijangka mengambil masa sehingga penghujung 2016, termasuk aspek pengurusan ICSC apabila siap kelak.

Beliau berkata ICSC akan dilengkapi makmal penyelidikan, kuarters, bilik seminar, taman hutan hujan, pusat pendidikan persekitaran dan kemudahan lain.

Komen


Berita Berkaitan