Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penubuhan DUN Limbahau akan dipertimbangkan

9:55pm 01/01/2016 Leolerry Lajius 158 views Politik,Tempatan
Datuk Rosnah menyampaikan anugerah Harapan Seni dan Budaya kepada Esther

Datuk Rosnah menyampaikan anugerah Harapan Seni dan Budaya kepada Esther

PAPAR: Cadangan untuk mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau akan dipertimbangkan sekiranya memberi manfaat sewajarnya kepada masyarakat.

 Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara tersebut perlu diperinci denagn baik sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Tambah beliau, sebelum ini  beliau telah memberikan pendapat secara peribadi dan terpulang kepada pihak DUN untuk membuat keputusan selepas perkara tersebut diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Agak sukar bagi kami untuk memberi sebarang komen kerana belum mengetahui tentang cadangan, kawasan-kawasan terlibat dan sebagainya,” katanya ketika  ditemui media selepas merasmikan Majlis Malam Sejuta Bintang, Jasamu Dikenang di Dewan Masyarakat, malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosnah berkata majlis tersebut dirancang khusus untuk menghargai jasa insan-insan istimewa yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan mengharumkan nama daerah berkenaan.

Lapan kategori anugerah disampaikan iaitu Anugerah Khas, Anugerah Pemimpin Ulung, Anugerah Mantan Pegawai Kerajaan, Anugerah Pendidikan, Anugerah Seni, Anugerah Kesenian Islam, Anugerah Agama dan Anugerah Sukan.

Pada majlis itu, Pegawai Daerah, Siriman M.F Basir yang akan bersara tidak lama lagi diumum sebagai penerima Anugerah Khas.

Empat tokoh pula menerima Anugerah Pemimpin Ulung iaitu mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang diwakili adiknya, Datuk Rosli Sukam; mantan Senator, Datuk Norjan Khan Bahadar diwakili Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar, Armizan Ali; mantan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Allahyarham Datuk Iskandar Abd Hamid yang diwakili balunya, Datin Roslina Liang; mantan Ketua Daerah, Datuk Pg Mohd Tahir Pg Nasaruddin dan mantan Ahli Parlimen, Allahyarham Pg Tahir Pg Petra yang diwakili balu, Dayang Asiah Bulan Khan.

Penerima Anugerah Mantan Pegawai Kerajaan  terdiri daripada mantan Mayor Kota Kinabalu, Datuk Abd Ghani Abd Rashid; mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Maznah Abd Ghani dan mantan Pegawai Daerah Papar dan Pitas, Allahyarham Dahli Harun dan mantan Pengarah JKR Negeri, Datuk Ir. John Anthony.

Antara penerima Anugerah Harapan Seni dan Budaya ialah naib juara rancangan realiti ‘One In A Million’, Esther @ Elizabeth Applunius Chin; juara Ceria Pop Star 3, Dayang Izyan Zawanie Iraril; johan Bintang Kecil 2016, Presley Petrus; Artis Pertama Gambus, Fauziah Suhaili dan tempat ketiga Raja Lawak 4, Alex @ Alexendra Ahat.

Selain itu, bintang bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman juga antara yang tersenarai dalam penerima Anugerah Sukan.

Hadir sama ADUN Pantai Manis, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail dan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan