Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penternakan Burung Walet Tidak Dibenar Di Kawasan Bandar, Komersial Dan Kediaman – Hajiji

walet

KOTA KINABALU: Penternakan burung walet atau pembinaan bangunan sarang burung itu tidak dibenarkan di kawasan bandar, komersial serta kediaman, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, Hajiji berkata kementerian itu hanya mengawal perlesenan dan penggunaan premis komersial serta kediaman manakala aktiviti ternakan burung walet terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Hidupan Liar mengguna pakai satu garis panduan bagi mengawal industri ternakan burung walet.

“Pemain sedia ada atau yang bakal menceburi industri dinasihat memastikan mereka memiliki lesen seperti yang dikehendaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hajiji mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang meminta penjelasan berhubung status sejumlah premis yang diguna sebagai bangunan sarang burung walet di Tawau.

Beliau berkata Seksyen 6.1 garis panduan itu menyatakan aktiviti ternakan burung walet tidak dibenarkan di pusat bandar, kawasan perbandaran dan pekan termasuk kediaman serta resort, tempat yang selalu dikunjungi orang ramai, sekolah, klinik, rumah ibadat dan takungan air.

Seksyen 6.3 pula menyatakan bangunan sarang burung walet hanya boleh dibina di tanah pertanian yang mempunyai hak milik.

Sehubungan itu, Hajiji menasihati pemain industri agar menghubungi Jabatan Hidupan Liar untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perlesenan dan isu berkaitan.

Komen


Berita Berkaitan