Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penternak ayam rugi RM2 juta dalam kebakaran

penternak ayam

TANJUNG MALIM: Seorang penternak kerugian RM2 juta selepas 60,000 anak ayam yang diternak di dalam sebuah reban di Kampung Kelawar di sini rentung dalam satu kebakaran, hari ini.

Pengurus ladang ternakan terbabit, Lim Chee Wah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya pada jam 7.15 pagi sebelum menghubungi pihak bomba.

“Kebakaran ini menyebabkan saya mengalami kerugian teruk iaitu kira-kira RM2 juta termasuk kos premis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kejadian itu adalah yang pertama sejak ladang itu dibuka dua tahun lalu.

Katanya 30 pekerjanya yang berada di kawasan tersebut cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal kerana api marak dengan pantas.

Katanya kebakaran itu menyebabkan reban bersaiz 61 meter x 25 meter itu musnah hampir 80 peratus.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Abdul Rahim Saari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi.

Jentera bomba, masing-masing satu dari balai Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian dan sebaik sampai api sedang marak membakar reban tersebut, katanya.

Beliau berkata api dapat dikawal sepenuhnya pada 25 minit kemudian.

“Ladang ternakan itu menempatkan tiga blok reban ayam namun hanya satu blok reban sahaja yang mempunyai ternakan yang mana dianggarkan sebanyak 80,000 anak ayam berada di dalam reban tersebut,” katanya.

Abdul Rahim berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah reban manakala punca kebakaran masih disiasat

Komen


Berita Berkaitan