Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penstrukturan ESSCOM diharap bukan untuk singkir anak jati tempatan, kata Patrick

sindu

KOTA KINABALU: Tindakan drastik menstruktur semula entiti Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) diharap bukan strategi sistematik “serampang dua mata” menyingkirkan pegawai-pegawai kanan dari Sabah yang kini berkhidmat dengan Esscom.

Aktivis Sosial Sabah Datuk Patrik Sindu yang menyokong penstrukturan semula Esscom berkata adalah amat malang bagi Sabah sekiranya pegawai-pegawai kanan anak jati tempatan bahagian awam menerima kesan yang besar ekoran berlaku beberapa kes penculikan di pantai timur, khususnya Semporna dan Lahad Datu.

“Kita mengalu-alukan penstrukturan semula Esscom tetapi tidak sampai ke tahap di mana ramai pegawai kanan bahagian awam dari Sabah akan tersingkir daripada Esscom.

“Saya harap perkara ini tidak berlaku. Kes penculikan ini sudah berlaku di kawasan Semporna dan Lahad Datu sejak tahun 2000 lagi. Penstrukturan semula ESSCOM sahaja tidaklah menjamin 100 peratus kes penculikan ini tidak akan berulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Patrick berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu pada Selesa.

Ketika mengumumkan penstrukturan semula Esscom di Putrajaya, Najib berkata dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam akan diwujudkan.

Najib dipetik berkata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander Esscom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.

Perdana Menteri juga dilapor berkata komponen penguatkuasaan dan tindakan awam akan diketuai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk mentadbir tiga bahagian – Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Penguatkuasaan dan Tindakan Awam serta Bahagian Khidmat Keurusetiaan.

Dalam hal ini, Partick berharap Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengambil kira kepentingan rakyat Sabah dalam penstrukturan semula Esscom, khususnya penjawat awam.

Beliau berpendapat tugas untuk menjayakan misi Esscom dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah sepatutnya bukan semata-mata dipikul oleh ketua pengarahnya selaku penyelaras tetapi tanggungjawab bersama dengan pimpinan utama Esscom yang lain termasuk pengarah bahagian pertahanan, pengarah keselamatan dan ketenteraman awam, pengarah maritim Malaysia.

“Tidak wajar mana-mana pihak dianggap sebagai “kambing hitam” di sebalik insiden penculikan yang berlaku di Semporna, Lahad Datu dan Kunak sebelum ini,” katanya.

Patrick berkata kerajaan Persekutuan seharusnya menunjukkan kejujuran dan kesungguhan yang sepenuhnya untuk membela nasib rakyat Sabah, terutama daripada segi keselamatan.

“Kerajaan perlu menyediakan radar yang mencukupi dan canggih untuk memudahkan mereka mengesan kemasukan bot asing terutama yang cuba melakukan jenayah rentas sempadan, menambah bot yang sesuai dan juga anggota keselamatan yang bertugas di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kita juga mahu kerajaan percepatkan pembinaan enam kem batalion ATM dan PGA yang dijanjikan. Berdasarkan taklimat Esscom yang saya dengar di Kota Kinabalu baru-baru ini….satupun belum mula buat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan