Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENOREH GETAH DITEMUI MATI

mayat di kebun getah

SANDAKAN: Seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan tembakan di bahu kanannya

dalam kejadian di sebuah kebun getah di Kampung Ranggal Kinabungan, berhampiran Hutan

Simpan Paitan, Beluran, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Josmon Masutang, 36, ditemui penduduk yang kebetulan melalui

kawasan itu kira-kira jam 8 pagi, dalam keadaan terbaring berlumuran darah bersebelahan

motosikal miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman

berkata, polis yang menerima maklumat penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian untuk

melakukan siasatan.

“Sejurus tiba, polis menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah selain pemeriksaan

mendapati terdapat kesan tembakan pada bahu kanan mangsa.

“Pemeriksaan turut menemui tiga kelongsong peluru berhampiran mayat tetapi hanya satu

kecederaan dikesan pada tubuh mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah

(IPD) Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra.

Salehuddin berkata, hasil siasatan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang

menetap di kampung sama bagi membantu siasatan.

“Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian termasuk mengesan senjata api digunakan suspek

dalam kejadian ini.

“Lelaki ini masih ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana

membunuh,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis giat memburu seorang lelaki berusia 37 tahun disyaki

terbabit dalam kes bunuh lelaki warga Filipina di Ladang Syarimo 3, Kinabatangan, Isnin lalu.

“Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan polis memburu lelaki dipercayai terbabit dalam

kejadian ini.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan salah faham sebelum berlaku pertengkaran

antara mereka,” katanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Roben Dales, 21, ditemui berlumuran darah oleh jirannya selepas

curiga melihat lelaki keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa

parang.

Komen


Berita Berkaitan