Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penolong Pemungut Hasil Tanah Beaufort Bebas Reman SPRM

KOTA KINABALU, 13 Feb – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan seorang Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah dan Ukur Beaufort direman sejak 9 Feb bagi membantu siasatan meminta rasuah RM35,000 daripada seorang lelaki.

Suapan itu didakwa sebagai balasan untuk mengeluarkan geran tanah milik arwah bapa seorang mangsa yang ditahan di Pejabat Tanah dan Ukur Beaufort.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus memerintahkan lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 oleh seorang penjamin tempatan dan diperintah melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali sebulan.

Mahkamah turut memerintahkan reman ke atas seorang suspek berumur 46 tahun, dipercayai bertindak sebagai perantara dalam kes itu, dilanjutkan lima hari lagi mulai esok.

Kedua-dua suspek ditahan SPRM pada 8 Feb lepas di lokasi berbeza di sini antara 8.15 malam dan 10.30 malam bagi membantu siasatan kes tersebut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan