Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penolong Pegawai Perubatan Miliki Heroin Didenda RM2,000

miliki heroin

KUALA LUMPUR– Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital kerajaan di ibu negara didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dua tiub straw mengandungi dadah jenis heroin, dua bulan lepas.

Zaimi Mat, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di belakang sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 3.30 pagi, 24 Mei lalu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zuraini Abdul Razak turut memerintahkan Zaimi dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Zaimi, yang tidak diwakili peguam membayar denda itu.

Sementara itu di mahkamah berasingan, seorang penghantar surat didenda RM1,200 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas mengaku bersalah memiliki dan membawa sebilah parang tanpa kebenaran.

V Yuvandran, 34, dituduh memiliki dan membawa sebilah parang berukuran 33 sentimeter yang disembunyikan di dalam jaket baju hujan dipakainya tanpa kebenaran di Jalan 11/32 Jalan Jinjang Baru, Sentul di sini pada 11.15 malam, 13 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Yuvandran membayar denda itu.

Komen


Berita Berkaitan