Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penolong juruterbang digantung kerana ucapan

11:26am 19/11/2015 Pak Roshan 1233 views Global

pilot

Jakarta: Syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Lion Air semalam menggantung seorang penolong juruterbang yang membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada seorang pramugari.

Tindakan itu dibuat susulan aduan daripada penumpang mengenai ucapan penolong juruterbang berkenaan ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Denpasar pada 14 November lalu.

Juruterbang berkenaan membuat kejutan kepada seorang pramugari dengan membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran melalui pembesar suara.

Dia juga memberitahu pramugari berkenaan masih bujang dan mencari jodoh.

Pengarah Umum Lion Air, Edward Sirait berkata, penolong juruterbang itu digantung kerana bertindak tidak profesional.

“Penolong juruterbang ini digantung daripada terbang kerana didapati melanggar prosedur pengumuman dengan membuat ucapan selamat ulang tahun kelahiran,” katanya.

Edward juga menafikan laporan yang mendakwa juruterbang itu mabuk selepas penumpang terdengar bunyi mendesah dari pembesar suara pesawat sepanjang penerbangan.

“Mustahil juruterbang mabuk atau memasang pembesar suara sepanjang masa kerana dia perlu sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan,” tegasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan