Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENOLAKAN RUU PEMANSUHAN ANTIBERITA TIDAK BENAR, BERTENTANGAN SEMANGAT MAJORITI RAKYAT

KUALA LUMPUR:Keputusan Dewan Negara menolak usul pemansuhan Akta AntiBerita Tidak Benar (Akta 803) amat bertentangan dengan semangat majoriti rakyat yang mahu melihat kerajaan baharu dapat melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, usul undi belah bahagi Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 (Akta 803) oleh Dewan Negara hari ini merupakan satu isu yang serius dan mempunyai kesan negatif.

“Meskipun senator-senator yang tidak dipilih melalui pilihan raya itu mempunyai hak dari segi Perlembagaan untuk berbuat demikian, namun pemakaian hak tersebut telah menjejaskan keutuhan Dewan Rakyat yang mana keanggotaannya dipilih oleh rakyat,” kata Liew, menteri yang bertanggungjawab hal undang-undang.

“Hak tersebut sepatutnya dilaksanakan berdasarkan kepentingan rakyat serta negara dan bukannya untuk agenda politik peribadi,” katanya.

Beliau mengulas penolakan RUU tersebut selepas undi belah bahagi pada hari terakhir persidangan Dewan Negara hari ini yang menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Datuk Liew Vui Keong. Gambar Fail SNT

Keputusan telah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Menurut Liew, kebanyakan senator yang menentang RUU tersebut adalah daripada pihak Barisan Nasional (BN) dan kini mereka adalah suara majoriti dalam Dewan Negara.

“Sememangnya, hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka menentang Rang Undang-Undang tersebut demi agenda politik mereka tersendiri. Kekalahan pihak BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan Mei lalu turut menjadi punca bagi mereka menanam hasrat melemahkan Kerajaan Pakatan Harapan bagi agenda politik mereka tersendiri,” katanya.

Beliau berkata, penggubalan Akta 803 semasa pentadbiran Kerajaan BN terdahulu telah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa konsultasi dan perbincangan àmenyeluruh dengan semua pihak berkepentingan.

Malah, katanya penggubalan Akta tersebut telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya pihak media serta reaksi negatif daripada rakyat.

“Akta itu dilihat boleh mengekang kebebasan bersuara termasuk pengamal media.

“Berikutan itu, banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang mahu akta itu dimansuhkan,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan