Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjual sayur dipenjara 20 tahun, 10 sebatan

rogol

Kota Bharu: Seorang penjual sayur dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan di

Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tuduhan menyamun dan seks oral seorang mangsa dalam

kejadian Mei lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Amran Yunus, 36, dari

Kampung Chicha, dekat sini, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap

mangsa berusia 29 tahun ketika melakukan rompakan terhadap mangsa berhampiran kedai tayar,

dekat Kuala Krai, jam 7.20 pagi, pada 4 Mei 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang

memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa di

ladang kelapa sawit Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 petang hingga 9 malam.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan

hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan.

Komen


Berita Berkaitan