Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjual Jual Hiasan Ayat Al-Quran Yang Hanya Ditampal

HHINDUISLAM

Pernahkah, anda didatangi penjual yang berupa seperti seorang warga Pakistan dan mereka
menjual barang hiasan untuk digantung di dinding rumah berbentuk seperti ayat Al-Quran?

Biasanya, sesekali anda akan dikunjungi jurujual sebegini dan mereka akan bercakap mengenai
kebaikan meletakkan hiasan sebegitu di rumah.

Bagaimanapun, ada pengguna yang ditipu oleh jurujual sebegini apabila menggunakan poster
dewa agama Hindu dan ia ditampalkan sahaja dengan kertas pelekat ayat Al-Quran berkenaan.

Jelas tindakan jurujual itu semata-mata ialah mengaut keuntungan dengan hanya menggunakan
poster yang ditampal di belakang poster dewa Hindu dan ia dijual dengan harga yang mahal
jauh dari harga sebenar barang-barang itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam tetapi
juga ia jelas mengganggu sensitiviti penganut Hindu juga.

Diharapkan pihak bertanggungjawab akan memulakan usaha menyiasat penjualan bahan hiasan
tidak bertanggungjawab ini kerana ia akan menjadi satu perkara bahaya jika ia terus
berleluasa. – MYNEWSHUB.MY

Komen


Berita Berkaitan