Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjenayah maut ditembak

ANGGOTA polis sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mayat mangsa.Gambar Oleh Alex Mairin

Tuaran: Polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Sri Gayang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 40-an dikatakan mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis yang terdahulu melakukan serbuan di taman perumahan berkenaan.

Bagi mempertahankan diri, anggota polis yang terbabit kemudiannya melepaskan tembakan lalu terkena tubuh suspek dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil tinjauan di lokasi berkenaan, polis turut menemui sepucuk pistol yang disyaki digunakan suspek ketika kejadian itu.

Sepasukan anggota dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kini berada di lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, suspek dikehendaki polis kerana terbabit dalam beberapa jenayah berat.

Sidang media mengenai kejadian itu dijangka dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din pada petang jumaat.

Komen


Berita Berkaitan