Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjenayah mati ditembak terbabit lebih 20 kes

8:10pm 13/06/2016 Pak Roshan 2085 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Anggota polis mengangkat mayat suspek warga Filipina yang mati ditembak di Kampung Titingan, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Anggota polis mengangkat mayat suspek warga Filipina yang mati ditembak di Kampung Titingan, Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Penjenayah yang mati ditembak berhampiran sebuah bangunan terbengkalai di Kampung Titingan, dekat sini, awal pagi tadi, disyaki terbabit dalam lebih 20 kes jenayah dan pengedaran dadah di daerah ini.

Suspek warga Filipina dikenali sebagai Herman, 28, yang dipercayai aktif dalam kegiatan jenayah di sekitar daerah ini sejak dua tahun lalu, ditembak mati apabila cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang, kira-kira jam 5.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata ketika cuba ditahan, suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan menyebabkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

“Dengan tumpasnya suspek yang dikehendaki ini, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes seperti jenayah kekerasan, pecah rumah, samun dan ragut, peras ugut serta mencederakan orang awam menggunakan senjata, selain pengedaran dadah.

“Polis juga kini giat memburu beberapa rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa kegiatan jenayah sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, sebentar tadi.

Pagi tadi, BH Online melaporkan polis menembak mati seorang penjenayah di kampung berkenaan.

Fadil berkata, suspek yang juga ketua sebuah kumpulan penjenayah sangat dikehendaki sejak beberapa tahun itu turut memiliki beberapa rekod jenayah termasuk samun bersenjata dan pergaduhan, selain pernah ditahan pada tahun 2014 dan 2015.

“Polis turut merampas beberapa senjata seperti parang panjang, pisau tajam, kuku kambing dan peralatan pecah rumah dipercayai digunakannya untuk melakukan jenayah.

“Mayat suspek dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH Online

bunuh

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan