Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjenayah terkena perangkap sendiri

Douglas (tengah) memerhatikan senapang angin yang dirampas daripada suspek. - foto Kalawon Sawing
Douglas (dua dari kiri) memerhatikan senapang angin yang dirampas daripada suspek. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Seorang lelaki tempatan yang selama ini dikehendaki oleh polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah akhirya `menyerah diri’ di Balai Polis Daerah Keningau, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong, suspek berusia 42 tahun itu mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 3 (a) Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 ditahan  kira-kira 3.25 petang.

Beliau berkata, polis mengesyaki sesuatu apabila suspek datang ke balai polis untuk melawat rakannya yang kini dalam tahanan di lokap balai polis Keningau pada hari berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek yang diletakkan di perkarangan kaunter pejabat pertanyaan balai polis, kita telah menemui selaras senapang angin, 57 butir timah dalam kotak, dipercayai digunakan sebagai peluru dan sebilah pedang samurai berukuran 63.5 sentimeter,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, suspek itu kini ditahan reman sehingga esok (7 Febuari) manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan jika disabitkan boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi dua tahun dan sebatan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan