Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjenayah guna taktik Fast and Furious ditangkap

9:19am 01/12/2015 Pak Roshan 516 views Global
CABAU bercakap kepada seorang anggota polis dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

CABAU bercakap kepada seorang anggota polis dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Bangkok: Seorang pengedar dadah antarabangsa warga Perancis yang menggunakan taktik seperti filem aksi Hollywood, Fast and Furious berjaya ditangkap di Bangkok, kata polis semalam.

Andre Cabau, 39, ditahan pada Jumaat lalu kerana memasuki Thailand dengan pasport palsu dan akan dihantar pulang ke Perancis bagi menjalani hukuman atas kesalahan dadah.

Polis Perancis di Kedutaan Perancis di Bangkok, Catherine Occhini berkata, Cabau adalah suspek paling dikehendaki.

“Dia adalah sebahagian kumpulan pengedar dadah yang besar dan pakar menyeludup dadah di seluruh Eropah,” katanya.

Menurutnya, Cabau ditahan pada 2005 di Marseille dan dihukum penjara tujuh tahun pada 2007.

Dia dibebaskan awal dengan parol yang mengkehendaki dia berada di Perancis.

Bagaimanapun, dia melarikan diri ke Thailand dan tinggal di sebuah apartmen mewah di Bangkok bersama isteri warga tempatan.

Kumpulan Cabau menyeludup pelbagai jenis dadah dari Belgium, Belanda dan Luxembourg ke Perancis.

Jurucakap polis Thailand, Wut Liptapanlop berkata, kumpulan itu menggunakan kereta berprestasi tinggi untuk menyeludup dadah.

Kumpulan itu sangat terancang dan beroperasi pada waktu malam dengan menggunakan kereta berprestasi tinggi untuk melarikan diri daripada dikejar pihak berkuasa ketika melintasi sempadan terbuka di Eropah. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan