Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PENJENAMAAN SEMULA UNTUK MANTAPKAN PELANCONGAN DI W.P LABUAN

8:10am 29/05/2014 Pak Roshan 22 views Pelancongan

pic-50

LABUAN: Industri pelancongan Labuan akan dijenamakan semula dengan mengangkat identiti tradisi masyarakat setempat sebagai inisiatif berterusan untuk memantapkan lagi sektor tersebut.

Menurut Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, penjenamaan semula itu termasuk menghidupkan kembali tradisi lama seperti aktiviti ‘menyuluh’, ‘mengerakas’ serta permainan gasing tradisional.

“Labuan akan terus mengangkat warisan budaya sebagai antara tarikan pelancongan yang dapat menghidupkan identiti kebudayaan serta etnik di negeri ini sekali gus warisan masyarakat terdahulu dapat ditonjolkan secara beterusan kepada orang luar bagi mengenali sejarah di sini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Rozman penjenamaan semula itu juga dapat mengimbangi program pelancongan bersifat moden dan interaktif yang dilaksana kebelakangan ini.

Untuk Tahun Festival 2015, beliau berkata Labuan mengatur beberapa program berskala besar yang akan mempamerkan pelbagai budaya dan etnik dari seluruh Berneo.

Menurut Rozman, Festival Muzikal Islam akan dianjurkan buat pertama kali di Labuan tahun depan selain program tahunan lain seperti Pesta Air Malaysia Labuan, Festival Minggu Motor Besar serta Festival Seni Borneo yang akan terus dikekalkan dan diperhebatkan sebagai ikon program pelancongan di pulau itu.

“Labuan mungkin tidak mempunyai produk pelancongan yang besar seperti Sabah jiran kita, tetapi kita masih boleh menjana pendapatan untuk Labuan dengan menganjurkan pelbagai acara berstatus antarabangsa untuk menarik kemasukan pelancong luar dan dalam negara,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan