Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjenamaan semula BTN beri fokus kepada penerapan nilai patriotisme

6:11pm 19/03/2016 Leolerry Lajius 14 views Tempatan
Azalina (tengah) mengambil gambar bersama siswa dan siswi UMS yang mengikuti sembang santai tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Azalina (tengah) mengambil gambar bersama siswa dan siswi UMS yang mengikuti sembang santai tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Penjenamaan semula Biro Tata Negara (BTN) akan lebih memfokuskan kepada penerapan nilai patriotisme bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman, langkah ini diambil sebagai usaha mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat bagi membendung sifat ekstrimis.

“Melalui penjenamaan ini, BTN akan mengubah modulnya dengan tidak membuat terlalu banyak ceramah dan digantikan dengan langkah secara visual atau praktikal.”

“Dari segi komunikasi ia juga akan diubah kepada langkah yang lebih praktikal berbanding sebelum ini yang lebih kepada suasana dalam kelas,”katanya ketika ditemui media sempena sembang santai dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.

Tambah beliau melalui penjenamaan semula BTN itu, fokus pengisian yang lebih kepada elemen patriotisme itu penting terutama kepada golongan muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara agar mereka terhindar daripada pengaruh ekstremisme.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan