Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjenamaan beras keluaran Sabah, serlahkan keistimewaannya- Shabery

8:50pm 20/03/2016 Leolerry Lajius 151 views Tempatan
Shabery (tengah) ketika melawat jelapang padi di Kota Belud.

Shabery (tengah) ketika melawat jelapang padi di Kota Belud.

KOTA BELUD: Perancangan untuk membuat penjenamaan terhadap beras yang dikeluarkan di negeri ini harus dirangcang bagi memperkenalkan beras Sabah.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Ismail Shabery Cheek, perancangan untuk penjenamaan beras keluaran Sabah adalah penting kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Salleh dan pihak berkepentingan yang lain bahawa perancangan untuk membuat penjenamaan beras keluaran negeri ini adalah bagi mengetengahkan beras Sabah yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan gudang beras Teguh Berjaya Bestari Sdn. Bhd. di Kota Belud, hari ini.

Sebelum itu, beliau juga telah membuat lawatan ke jelapang padi Kota Belud yang merupakan salah satu kawasan pengeluar padi di negara ini.

Sabri menyatakan, keluasan jelapang padi di kawasan ini adalah seluas 8,500 hektar dengan purata pengeluaran padi sebanyak 2.8 tan metrik sehektar.

“Penambahbaikkan infrastruktur akan dilaksanakan bagi membolehkan kawasan jelapang padi di kawasan ini mampu mengeluarkan hasil 5 hingga 6 tan metrik sehektar.”

“Dengan peruntukan sebanyak RM380 juta yang diperuntukkan bagi tujuan pembangunan yang meliputi infrastuktur pengairan dan saliran, perolehan tanah dan pembinaan kompleks pejabat, tidak mustahil jumlah keluaran ini kita akan mampu capai,”katanya.

Beliau juga berharap agar pelaksanaan penanaman padi dua kali setahun akan dapat dilaksanakan agar mampu menghasilkan kira-kira 10 tan metrik sehektar dan dengan keluasan kawasan jelapang padi di Kota Belud ia akan mampu mengeluarkan 80 ribu tan metrik.

“Bagi 80 ribu tan ia masih rendah berdasarkan kepada keperluan penduduk di negeri ini dan dijangka dalam masa empat tahun lagi nilai keperluan akan meningkat kepada 240 ribu tan metrik,”katanya.

Shabery turut menyatakan, Malaysia masih belum ada keperluan untuk mengimport beras dari luar negara memandangkan terdapat lambakan atau lebihan beras yang dialami di negara ini dan timbul juga rungutan mengenai kilang padi khususnya di Kedah yang kini tidak dapat mengeluarkan bekalan sedia ada kerana bimbang aktiviti pengimportan beras akan menjejaskan pengeluaran beras tempatan.

“Import beras bukan pilihan terbaik pada masa kini kerana pasaran beras di dunia sekarang turut berada dalam keadaan berlebihan.

“Negara jiran seperti Thailand turut mengurangkan pengeluaran beras sebanyak tujuh juta tan metrik pada tahun akan datang,” katanya.

Tambah beliau, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menangani masalah cuaca panas yang melanda negara dan setakat ini lebih 1700 pam air telah disediakan untuk mengairi kawasan penanaman padi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

SHABERY menandatangan plak perasmian gudang beras sambil disaksikanMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (dua dari kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli (dua dari kanan) .-Gambar Oleh Alex Mairin

SHABERY menandatangan plak perasmian gudang beras sambil disaksikanMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (dua dari kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli (dua dari kanan) .-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan