Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENJAWAT AWAM TERIMA BONUS MENJELANG AIDILFITRI

bonus-raya1

KOTA KINABALU: Bakti dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam dan pesara di negeri ini tidak dilupakan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilifitri ini, mereka akan diberikan bantuan khas bertujuan untuk meringankan beban mereka.

Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan diberikan kepada semuaPegawai Pekhidmatan Awam Negeri Gred 54 dan ke bawah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata bantuan sebanyak RM500 itu akan diagihkan kepada penjawat awam bagi menghargai khidmat bakti mereka dalam membantu pembangunan negeri ini di bawah pimpinan parti Barisan Nasional (BN).

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM250 kepada pesara yang menerima pencen bulanan.

“ Kerajan Negeri berharap dengan adanya bantuan BKK ini, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban penjawat awam dalam menghadapi sambutan HariRaya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Pasca Kabinet di Wisma Innoprise dekat sini Rabu.

Musa berkata jumlah keseluruhan peruntukan yang terlibat dalam pemberian BKK bagi Negeri Sabah ialah RM10 juta. 

Komen


Berita Berkaitan