Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjawat Awam Sabah Diingat Utamakan Integriti

9:21am 18/10/2016 Pak Roshan 51 views Keningau,Mutakhir,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bersama menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta para penjawat awam yang hadir dalam Perhimpunan Perdana Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan pada tahun  2015 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. foto Ille Tugimin

KENINGAU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan penjawat awam di negeri ini supaya mengutamakan integriti bagi memastikan peruntukan pembangunan sampai kepada rakyat.

Katanya, keikhlasan juga perlu diterapkan dalam kalangan penjawat awam agar dapat memenuhi tugas yang diamanahkan.

“Saya mengambil kesempatan menjelajah seluruh negeri untuk melihat sendiri perkembangan projek pembangunan yang dijalankan dan saya bawa pengarah jabatan berkaitan supaya mereka tahu dan melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat agar penyelesaian dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Parlimen Keningau, di sini malam ini.

Musa turut mengingatkan penjawat awam supaya menjaga imej sebagai pegawai kerajaan dan sentiasa mencapai kesepakatan dalam tugas secara berpasukan.

“Kalau salah, kita mesti bertanggungjawab. Seperti wakil rakyat, nama pegawai kerajaan itu bukan satu keistimewaan, tapi jawatan yang disandang itu adalah satu tanggungjawab dan amanah dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan,” katanya.

Esok, Musa akan melawat kawasan pedalaman Sabah dalam siri jelajahnya ke seluruh negeri.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan