Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjawat Awam Sabah Dapat Bantuan Khas RM500

penjawat

KOTA KINABALU : Penjawat awam negeri di Sabah akan diberi bantuan khas RM500, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata anggota Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) akan turut menikmatinya yang akan dibayar Januari tahun depan.

“Bantuan khas ini sebagai menghargai khidmat penjawat awam yang menjadi nadi dan jantung kerajaan selama ini,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pada masa sama, Musa melahirkan rasa kesal dengan penahanan penjawat awam negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung skandal salah guna kuasa membabitkan pemberian projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit.

“Ia bukan sahaja memberi kejutan, tetapi sekali gus mengaibkan kita semua,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan persetujuan kerajaan negeri untuk menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan bagi penjawat awam negeri kepada RM500,000 daripada RM350,000.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan