Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjawat awam persekutuan diingatkan beri perkhidmatan terbaik – Nor Rizan

Nor Rizan ketika menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaannya bersama para penjawat awam di Tawau.

TAWAU : Penjawat awam Persekutuan diingatkan agar memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan sentiasa membuat inovasi serta penambahbaikan dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain itu, Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani turut menggesa penjawat awam agar mengamalkan jalinan kerjasama dan pelaksanaan program secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi impak tinggi.

“Penjawat awam mempunyai peranan yang besar dan unik dalam kemajuan negara ini dan pemimpin pada dasarnya telah menetapkan landasan untuk negara mencapai status negara maju.

“Ia termasuklah melalui dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan supaya matlamat akhirnya iaitu kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Justeru, para penjawat awam perlu memberi khidmat terbaik, di samping mengamalkan Nbos dalam pelaksanaan program untuk impak yang tinggi khususnya dalam aspek pembangunan dan kebajikan sosial.

“Hal ini amat penting bagi memastikan rakyat berpuas hati terhadap perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat dan secara tidak langsung memberikan imej positif kepada kerajaan hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Tawau, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Nor Rizan turut menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam keseluruhannya.

Ia terbukti melalui bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui pemberian pelbagai insentif dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam seperti kenaikan pangkat secara time-based kali kedua untuk Kumpulan Pelaksana dan waktu kerja fleksi bagi pakar perubatan.

Selain itu, katanya, kerajaan juga membuat penambahan waktu kerja berperingkat, pemberian Cuti Tanpa Rekod untuk menunaikan umrah dan peningkatan pencen terendah ke RM1,000 untuk mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun serta pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah, Musa Sulaiman, Setiausaha Majlis Perbandaran Tawau, Pang Pick Lim @ Joseph, Timbalan SUP Sabah, Dr. Jamaluddin Mohd Ali serta Ketua-ketua Pejabat Persekutuan Daerah./Penerangan-

Sebahagian daripada 300 penjawat awam yang menghadiri majlis berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan