Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjawat awam perlu membudayakan ICT ke arah perlaksanaan sistem pintar- Yahya

7:24pm 20/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
YAHYA (bersongkok) melancarkan Sistem ICT yang dibangunkan oleh MAFI sambil diperhatikan oleh Ahmad Awang Hashim (dua dari kanan) dan Mingu (kanan) di majlis itu.

YAHYA (bersongkok) melancarkan Sistem ICT yang dibangunkan oleh MAFI sambil diperhatikan oleh Ahmad Awang Hashim (dua dari kanan) dan Mingu (kanan) di majlis itu.

KOTA KINABALU- Transformasi amat penting bagi membentuk budaya ICT yang mengutamakan inovasi dan pemerkasaan intelektual serta profesionalisme di kalangan penjawat awam ke arah pelaksanaan sistem kerajaan pintar, kata Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin.

Yahya yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata konsep kerajaan pintar merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan inisiatif e-Government dan perkhidmatan online selaras dengan usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam negeri.

“Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dalam usaha melaksanakan pembudayaan dan pemerkasaan ICT di negeri ini,” katanya

Beliau berkata demikiam ketika berucap sempena merasmikan Seminar ICT 2016 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) dan jabatan sert agensi dibawahnya di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Yahya, penggunaan sistem secara konsisten akan membantu penjawat awam di dalam pengurusan dan penganalisaan data secara pantas dan penjanaan laporan akan lebih mudah dilakukan.

” Kita tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan sistem aplikasi yang sedia ada kerana JPKN telah berusaha untuk memberikan kemudahan kepada semua pengguna dengan menyediakan perkhidmatan capaian sistem melalui dua cara iaitu dengan menggunakan Intranet (SabahNet) dan juga Internet (talian selain SabahNet),” jelasnya.

Selain itu, Yahya menyeru kepada masyarakat setemoat terutamanya penjawat awam agar memanfaatkan transformasi dalam perkhidmatan awam bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menuju ke arah kerajaan pintar.

” Ianya menjadi “game changer” yang berkesan untuk melonjakkan prestasi dan pencapaian perkhidmatan pertanian melalui ICT, selain memberikan sumbangan signifikan yang dapat dimanfaatkan oleh para pelanggan untuk menuju ke arah kerajaan pintar, ” katanya.

Yahya turut menyarankan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MAFI serta Jawatankuasa ICT masing-masing supaya memantau penggunaan ICT di kalangan kakitangan mereka dengan menggunakan sistem aplikasi yang telah dibangunkan bagi kemudahan semua pihak.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Industri Getah Negeri Sabah (LIGS) Datuk Rubin Balang, Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Haji Mijul Unaini, Setiausaha Tetap Kementerian, Encik Ahmad Awang Hashim, Pengerah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Dr Haji Mingu Haji Jumaan, Timbalan Setiausaha Tetap MAFI, Encik KZulkifli Harrith dan ketua-ketua jabatan serta agensi dibawah MAFI. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan