Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjawat awam perlu berintegriti

11:39am 19/10/2016 Leolerry Lajius 12 views Keningau,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
 MESRA... Musa bersalam mesra dengan tetamu yang hadir.PENERANGAN

MESRA… Musa bersalam mesra dengan tetamu yang hadir.PENERANGAN

KENINGAU: Penjawat awam Negeri dan Persekutuan di Sabah digesa melaksanakan tugas dengan penuh intergriti, ikhlas dan telus.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata penjawat awam perlu mengutamakan integriti, keikhlasan dan ketulusan kerana ia adalah amanah dalam menjalankan tugas untuk kebaikkan rakyat.

“Apabila peruntukan diberikan kepada kita, melalui agensi-agensi dan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, kita harus menyalurkan peruntukan itu kepada sasaran yang telah ditetapkan.

“Dengan itu, apa yang kita rancang dapat kita sasarkan dan paling penting, rakyat mendapat manafaat daripada perancangan program atau projek yang telah dirancang.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat mendapat manafaat hasil daripada projek dan program yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

“Namun, amat malang apabila selaku penjawat awam yang diberi tugas dan amanah untuk dilaksanakan, tetapi ia tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Mesra  Bersama Pemimpin ajuran Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Ahli Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di salah sebuah hotel termuka di sini.
Musa turut menekankan perjumpaan bersama setiap pegawai daerah, setiausaha tetap, pengarah-pengarah pentingdalam melaksanakan tugas dengan betul dan teratur.
Sementara itu, Pairin dalam ucapan aluannya berkata program lawatan seluruh Sabah bertujuan bagi memastikan prestasi pelaksanaan program kerajaan berjalan mengikut jadual serta mengikut Petunjuk Pretasi Utama (KPI) sebagai satu landasan pretasi keseluruhannya.

Beliau juga berharap penumpuan kepada bidang pendidikan dan penambahan infrastruktur di kawasan pedalaman dapat ditingkatkan supaya penyertaan daerah-daerah berkenaan sebagai hub pendidikan akan tercapai dalam masa terdekat.

Beliau turut berharap agar impian untuk membawa dan melibatkan pendalaman serta daerah lain terus maju demi kemajuan ekonomi rayat pendalaman./PENERANGAN-

Pairin (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan) berbual mesra dengan Musa (tengah).-PENERANGAN

Pairin (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan) berbual mesra dengan Musa (tengah).-PENERANGAN

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan