Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjawat Awam, Penguat Kuasa Dinasihat Elak Terima Hadiah Sempena Aidilfitri

Terima Hadiah

KUALA LUMPUR– Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan penjawat awam dan anggota pasukan penguat kuasa mengelak daripada menerima hadiah dalam apa jua bentuk, terutama menjelang Aidilfitri.

Presidennya Azih Muda berkata, seperti kebiasaan setiap kali musim perayaan, amalan memberi hadiah banyak dilakukan sebagai “mengeratkan” silaturrahim, namun bagi mengelak sebarang prasangka buruk, sebaik mungkin ia wajar ditolak.

“Walaupun ia amalan baik, namun diharap semua dapat akur dan patuh kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 1998 mengenai garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

“Kita bimbang hadiah berupa hamper atau sebagainya ini terutamanya dari pihak yang mempunyai kepentingan, akan diinterpretasi sebagai pemberian bertujuan tertentu, kita nak elak pandangan serong pihak luar,” katanya kepada Bernama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga kerap memberi amaran yang sama, dan menasihatkan sekiranya ada yang menerima, melapor dan mengisytiharkannya kepada ketua jabatan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Azih berterima kasih kepada kerajaan yang memberi bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan sempena Aidilfitri dalam langkah mengurangkan beban kewangan mereka dalam membuat persiapan hari raya.

“Cumanya, kalau boleh Cuepacs memohon kerajaan memanjangkan insentif berkenaan kepada pekerja kontrak, memandangkan mereka juga berkhidmat kepada kerajaan, dan ia wajar memandangkan gaji mereka yang kecil dan jumlah mereka yang tidak ramai,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan