Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjawat awam diseru agar mengurus sumber dengan cekap

Musa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah
Musa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah
KOTA KINABALU- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menyeru kepada semua penjawat awam agar mengurus segala sumber dengan cekap bagi memastikan segala projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Menurut Musa, berdasarkan taklimat oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah dan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII), sebanyak RM 2.881 bilion atau 76.34% dari peruntukan 2015 telah dibelanjakan bagi membiayai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di Sabah setakat 10 Januari yang lalu.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah Bil 1/ 2016, hari ini.
Dalam mesyuarat tersebut, beliau turut mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibuat pada 28 Januari depan disebabkan oleh beberapa faktor luar kawal termasuklah kelembapan ekonomi negara China yang merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia, penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit.
Disamping itu, Musa berkata bahawa Perdana Menteri turut memberi penekanan kepada dua perkara iaitu mengoptimakan perbelanjaan dan berfikiran kreatif dan inovatif bagi meningkatkan produktiviti.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan