Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjawat awam diseru agar lebih proaktif dan berpengetahuan luas

2:28pm 03/11/2015 Dewiana Tinggolongon 31 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Sukarti (tengah) menerima cendera hati daripada Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif (kanan) diiringi oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah (kiri)- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Sukarti (tengah) menerima cenderahati daripada Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif (kanan) diiringi oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah (kiri)- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Penjawat awam diseru agar lebih proaktif dan berpengetahuan luas serta berkemahiran tinggi bagi mendepani sebarang cabaran.

Setiausaha kerajaan negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman berkata, setiap penjawat awam adalah ejen transformasi paling hadapan dalam perantaraan rakyat dan kerajaan.

“Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam globalisasi  termasuklah ekonomi terbuka, tahap daya saing yang kompetitif, perubahan dan kemajuan sains dan teknologi serta persaingan bakat.

“Cabaran ini memerlukan penjawat awam yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi,” katanya ketika berucap Sempena Perasmian Program Dialog Semasa Negara siri 18 di sini hari ini.

Menurutnya, penjawat awam perlu memiliki lima ciri-ciri seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri iaitu berilmu, kebolehpercayaan, amalan kerja baik, bersemangat patriotik dan mempunyai budaya keberhasilan.

Katanya , pelbagai langkah dijalankan untuk merefomasikan perkhidmatan awam ke tahap etika, tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Jelasnya platform untuk sesi perkongsian maklumat bagi membolehkan penjawat awam membantu kerajaan menjawab persoalan dan memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat akan pelaksanaan dasar-dasar semasa negara.

Selain itu penjawat awam juga perlu memahami serta mengambil maklum akan situasi yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“Memahami latar belakang seseuatu isu dan rasional pelaksanaan dasar kerajaan sebenarnya membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang wujud,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa program dialog isu semasa itu merupakan satu paltform yang disediakan oleh penjawat awam untuk mendapatkan maklumat terus daripada panel yang arif atau pakar dalam bidang yang disampaikan.-oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan