Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjawat Awam Di Sabah Ingin Berpolitik Dinasihat Ikut Landasan Betul

11:17pm 30/03/2017 Pak Roshan 745 views Mutakhir,Politik

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban. – Foto BERNAMA

SEMPORNA, 29 Mac (Bernama) — Penjawat awam di negeri ini yang ingin berpolitik dinasihatkan perlu mengikut tatacara dan landasan yang betul, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Katanya, selaku penjawat awam adalah tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam supaya tidak melampaui batas.

“Walapun negara ini mengamalkan sistem demokratik tetapi mereka (penjawat awam kumpulan pegawai A) yang ingin terlibat politik perlu memenuhi syarat yang dikeluarkan pekeliling semasa dan perintah am termasuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing ,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sentuhan jejak kasih zon Tanjung Kapor bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 500 warga emas dan kanak-kanak di Zon Tanjung Kapor serta 40 anggota tentera daripada Kem Tentera Pangkalan Hadapan Pulau Sibuan mmenerima sumbangan berbentuk barangan makanan.

Penerima sumbangan kepada anggota tentera diwakili oleh Panglima 12 Briged Datuk Mohd Nazri Abidin.

Sementara itu, Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata amalan sumbangan kepada golongan memerlukan di Semporna merupakan antara inisiatif bagi menyantuni rakyat dan bukan bersifat meraih simpati untuk mengundi Barisan Nasional

“Ini bukan perkara baharu, ini perkara biasa dan menjadi amalan dari dahulu pemimpin dan kerajaan kita mendampingi rakyat serta memberi sumbangan bagi meringankan beban rakyat,” katanya lagi yang yakin inisiatif itu dapat merapatkan lagi hubungan kerajaan dan rakyat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan