Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjara Wanita KK anjur Jalinan Kasih Penghuni Penjara sempena krismas

3:26pm 19/01/2016 Leolerry Lajius 42 views Jenayah,Tempatan

IMG20160119114459

KOTA KINABALU: Jalinan Kasih Penghuni Penjara sempena krismas, disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan juga pengisian program yang padat dengan aktiviti yang menarik.

Program tersebut yang diadakan tiap tahun bagi setiap perayaan melibatkan empat orang banduan dan tiga orang pesalah juvana yang dipilih berdasarkan program pemulihan dengan mendapat markah 90% ke atas  dan sedang menjalani hukuman tiga tahun ke bawah.

Menurut Penolong Kanan Komisioner Penjara Wanita Kota Kinabalu ACP Lim Kim Mooi, program ini merupakan salah satu platform untuk memberi peluang kepada pesalah dan ahli keluarganya untuk bertemu.

“Pada tahun ini program jalinan kasih sempena krismas ini melibatkan tujuh orang yang dipilih berdasarkan program penilaian dan sejak enam bulan kebelakangan ini menunjukkan prestasi yang baik serta sedang menjalani hukuman tigan tahun ke bawah,” katanya.

Tambah Lim, program kali ini juga buat pertama kalinya melibatkan seorang banduan warga filipina yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan merupakan individu tertua yang dipilih manakala bagi pesalah juvana individu termuda adalah berumur 18 tahun.

Program jalinan kasih tersebut diadakan di penjara wanita kota kinabalu yang menempatkan seramai 269 orang penghuni pagi tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan