Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjara untuk pengganas

10:15am 11/06/2016 Pak Roshan 9 views Global
GAMBAR hiasan, anggota polis berkawal di pelabuhan Wijayapura satu-satunya laluan ke kompleks penjara di pulau Nusakambangan di Cilacap.

GAMBAR hiasan, anggota polis berkawal di pelabuhan Wijayapura satu-satunya laluan ke kompleks penjara di pulau Nusakambangan di Cilacap.

Jakarta: Polis Indonesia menggesa kerajaan membina penjara khas untuk pesalah yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas bagi mengekang penyebaran fahaman radikal dalam kalangan banduan.

Ketika ini, banduan yang dipenjarakan atas pelbagai jenayah secara umumnya dibenarkan bergaul sesama mereka di dalam penjara.

“Ini menjadi asas penyebaran fahaman radikal dan mereka yang mendokong fahaman ini akan cuba menyebarkannya kepada banduan lain,” kata jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar.

Katanya, keadaan menjadi lebih bahaya apabila banduan biasa dibiarkan bergaul dengan pengganas di dalam penjara.

“Sebab itu kami mahu sistem penjara khas yang memisahkan banduan yang mempunyai latar belakang pengganas ini.

“Penjara khas ini juga membolehkan satu program khusus dijalankan untuk banduan dengan kesalahan keganasan,” tegasnya.

Kebimbangan mengenai penyebaran ideologi pengganas di dalam penjara sudah lama disuarakan polis Indonesia.

Penahan tiga suspek pengganas oleh polis antipengganas Indonesia, Densus 88 di Surabaya baru-baru ini meningkatkan lagi kebimbangan itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan