Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjara Seumur Hidup Kerana Panaskan Anak Dalam Ketuhar

2:50pm 21/12/2015 Pak Roshan 1963 views Global

Ka-Yang-Mirabelle-Thao-Lo-microwave-jailed-for-life-482595 (1)

SACRAMENTO – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh bayinya yang berusia satu bulan dengan ketuhar gelombang mikro.

Ka Yang, 34, didakwa bertindak kejam dengan menyumbat dan memanaskan Mirabelle Thao-Lo di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit.

Akibat daripada tindakan ibunya, Thao-Lo dilaporkan mengalami kecederaan parah pada organ dalamannya dan mati ditempat kejadian.

Semasa kejadian, Ka Yang mendakwa jatuh pengsan dan hanya sedar tentang keadaan anaknya yang cedera parah sebaik sahaja dia tersedar.

Laporan perubatan mengesahkan bahawa Yang mengalami serangan epilepsi, bagaimanapun petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian mendakwa Ka Yang tidak mengalami sebarang serangan dan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. – Metro.co.uk

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan