Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjara seumur hidup bunuh anak

Gene Anthony Quinones-Rivera pergi ke balai polis mengaku membunuh anaknya setahun selepas kejadian.

Panama City, Florida: Seorang lelaki berusia 27 tahun kini terpaksa menghabiskan sepanjang hidupnya dalam penjara kerana membunuh anaknya yang masih bayi dengan menyumbat sarung kaki ke dalam mulut mangsa supaya berhenti menangis.

Gene Anthony Quinones-Rivera akan menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol – hukuman paling berat bagi pembunuhan tahap kedua – selepas mengaku bersalah, Isnin lalu.

Dia mengaku bersalah membunuh anaknya, Gediaelamir Rivera yang berusia dua bulan pada Jun 2015 sebelum membuang mayat mangsa di kawasan terpencil di Florida Panhandle.

Menurut New Herald, kes kehilangan bayi itu mungkin tidak dapat diselesaikan jika Quinones-Rivera tidak pergi ke balai polis pada Disember 2016 dan mengaku membunuh anaknya.

Ibu bayi itu, Yanoshua Ramos-Melendez, ditahan di New York dan didakwa menjadi pendorong pembunuhan anaknya itu.

Dalam temuramah di penjara, Quinones-Rivera, memberitahu dia yang khayal akibat ganja, menjadi marah kerana anaknya menangis lalu menyumbat mulut mangsa dengan sarung kaki di apartmennya di.

Beberapa jam kemudian baru dia menyedari bayi berkenaan tidak bernafas dan cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun gagal.

Menurutnya, dia memasukkan mayat anaknya ke dalam beg sampah dan membuangnya di satu kawasan hutan.

Quinones-Rivera mengakui pernah menutup mulut anaknya yang menangis dengan cara sama sebelum kejadian itu.

“Saya marah kerana anak saya menangis,” katanya.

Menurutnya, dia membuat keputusan mengakui melakukan jenayah berkenaan selepas membuat pengakuan kepada paderi.

“Saya sudah tidak takut sekarang. Saya perlu terima pembalasan, saya tidak boleh berbohong lagi,” katanya.

Polis menemui sebahagian mayat bayi itu di kawasan terpencil Daerah Bay. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan