Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjara dua tahun gara-gara halang tugas

Lantir (kiri) kelihatan di perkarangan Mahkamah Keningau walaupun dijatuhkan hukuman dua tahun penjara. Turut kelihatan Peguamnya Ram Singh (kanan). - foto Kalawon Sawing
Lantir (kiri) kelihatan di perkarangan Mahkamah Keningau
walaupun dijatuhkan hukuman dua tahun penjara. Turut kelihatan
Peguamnya Ram Singh (kanan). – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Mahkamah Majistret Keningau di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang penduduk, Lantir Bakayas, yang didakwa sengaja menghalang Pegawai Perhutanan melaksanakan tugas kawasan Hutan Simpan Batu Punggul di Kampung Tataluan pada 16 Mei 2013.

Hukuman itu dibacakan oleh Majistret Ryan Sagiran Rayner JR yang setelah mendengar dan meneliti hujah penguam pihak tertuduh dan pendakwa raya.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 33(1) Enakmen Hutan 1968 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan setelah peguamnya, Ram Singh membuat permohonan itu bagi membolehkan beliau membuat rayuan bagi anak guamannya itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Sabah, Peter Maurice Lidadun pula memohon hukuman itu dilaksanakan sebagai satu pengajaran penduduk yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Lantir yang diiringi oleh kira-kira lebih 30 orang penduduk kelihatan tenang dan semasa hukuman dibibacakan di hadapannya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan