Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjara baharu bakal dibina di Lahad Datu

Tun Juhar menerima momento daripada  Ab.Basir (dua dari kanan). - foto ihsan Jabatan Penerangan
Tun Juhar menerima momento daripada Ab.Basir (dua dari kanan). – foto ihsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Cadangan untuk membina sebuah penjara baharu di Lahad Datu telah dikemukakan kepada pihah berwajib bagi mengatasi masalah kesesakan penghuni di penjara sedia ada di daerah itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Ab. Basir Mohamad berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti sebuah tanah untuk dijadikan tapak pembinaan penjara baharu tersebut dan kini sedang dalam proses bagi mendapatkannya.

“Ketika ini lebih 7,000 banduan mendiami enam penjara di seluruh Sabah dan 57 peratus daripada mereka adalah warga asing,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Mahruzahrin (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Juhar. - foto ihsan Jabatan Penerangan
Mahruzahrin (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Juhar. – foto ihsan Jabatan Penerangan

Sementara itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah di Jabatan Menteri Luar Negeri Wilayah Sabah, Mahruzahrin Maskan yang akan ditukarkan ke Kedutaan Malaysia di Stockhlom, Sweden.

“Kita berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Tun Juhar selama ini. Empat tahun lalu kita tidak mempunyai pejabat di Sabah. Namun, ucapan terima kasih buat Tun dan Menteri Luar Negara, Datuk Anifah Aman kerana membuka pejabat kementerian ini di Sabah,” ujarnya.

Mahruzahrin berkata, pejabat di Sabah dianggap sebagai salah satu hab bagi Malaysia Timur kerana kemampuannya mengatur banyak perkara berkaitan hal negara asing termasuk, pendidikan, visa, persidangan dan lawatan orang kenamaan asing.

Sabah juga mempunyai pejabat konsulat yang lain dari Brunei Darussalam, Jepun, China dan Indonesia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan