Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjara 16 bulan memiliki kad pengenalan orang lain

8:27pm 04/11/2015 Ann Vivien 325 views Jenayah

mahkamah 3

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara selama 16 bulan oleh Mahkamah Majistret pagi tadi atas kesalahan menggunakan kad pengenalan orang lain.

Anel Mobin mengaku membeli kad pengenalan dengan harga RM 1,000 dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Anel mengaku memilik dokumen pengenalan milik Aznil bin Sarifuddin yang bernombor 910317-12-5307 di hadapan kawasan Kg Unggun, Menggatal sekitar jam 1.30 hingga 2.30 petang, 27 Oktober, yang lalu.

Anel dihukum dibawah Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak kurang dari RM 3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh pihak polis dalam satu rondaan di hadapan kawasan Kg Unggun, Menggatal pada 27 Oktober, yang lalu. Anel diminta untuk menunjukkan kad pengenalannya.

Setelah diperiksa menggunakan sistem atas talian Jabatan Pendaftaran Negara, polis mendapati muka tertuduh tidak sama dengan gambar milik asal dokumen tersebut.

Hasil soal siasatan, tertuduh mengaku bahawa dia telah membeli dokumen itu dengan harga RM 1,000 dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketika rayuan, tertuduh meminta agar hukumannya diringankan kerana tertuduh perlu menjaga isteri , tiga orang anaknya, ibu serta dua orang mak ciknya manakala pihak pendakwaan seru agar hukuman setimpal dikenakan.

Tertuduh juga diperintah agar dirujuk ke pihak imigresen setelah selesai menjalani hukuman. Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng.

Dimahkamah yang sama, dua lelaki masing-masing didenda RM 2,000 atau penjara 30 hari atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Rondaldh M Francies telah melakukan kesalahan tersebut pada 26 September di Jalan Coastal, manakala Jamieson Jahani melakukan kesalahan yang sama di KM 14, Jalan lintas pada jam 3.30 pagi, 25 Oktober yang lalu.

Atas kesalahan itu, mereka yang tidak diwakili peguambela, didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Ketika rayuan, mereka berdua meminta agar denda dikurangkan. Pendakwaan dilakukan oleh Tuan Hanif Mamyudi.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan