Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penjaja digalak sertai perniagaan francais: KPDNKK

malek

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mensasarkan sebanyak lima peratus peningkatan bagi perniagaan francais Malaysia ke luar negara setiap tahun.

Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata, jenama francais negara telah menyumbang sebanyak RM25.4 billion atau 2.6 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun lalu.

Menurutnya, meskipun jumlah peratusan itu agak kecil berbanding sektor lain, perniagaan francais mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih pesat pada masa depan.

“Kalau dinilai dari segi sumbangannya, ia sebenarnya merupakan satu jumlah yang sangat besar dan dijangkakan pada tahun depan, jumlah pendapatan akan dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Francais Komuniti Peringkat Negeri Sabah, di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Pejabat KPDNKK Cawangan Sabah, Severinus Tukah.

Hassan berkata, sehingga 30 Ogos tahun ini, sejumlah 58 jenama francais tempatan berkembang ke 53 buah negara dengan sejumlah 2,119 outlet.

Katanya, Amerika Syarikat, London dan Indonesia merupakan antara negara luar yang menempatkan kebanyakkan jenama francais tempatan terutama jenis makanan selain perkhidmatan.

Beliau menjelaskan, di luar negara sistem francais diiktiraf sebagai kaedah yang akamt popular dan berkesan untuk mengembangkan sesuatu perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.

“Tanggapan bahawa perniagaan francais ini hanya untuk orang kaya sahaja adalah tidak benar. Ini kerana, saya difahamkan terdapat peniaga yang berbekalkan modal RM5,000 sudah boleh memulakan perniagaan francaiz.

“Saya berharap sangat dan mahu melihat para penjaja di Sabah mengambil peluang dalam perniagaan francais ini. Kita ada modal dan skim untuk bantu mereka.

“Oleh itu, dalam program kita hari ini, turut melibatkan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah. Kita mahu mereka bersama-sama membantu kerajaan menarik lebih ramai golongan penjaja menyertai perniagaan francais,” jelasnya.

Komen


Berita Berkaitan