Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjaja Air Tebu Bazar Ramadan Dinasihat Pakai Sarung Tangan

10:43am 24/06/2016 Pak Roshan 6 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

tebu

SANDAKAN : Penjaja air tebu di Bazar Ramadan Bandar Sandakan, dinasihat menggunakan sarung tangan ketika menyediakan tempahan minuman itu kepada pelanggan.

Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Hamsan Awang Supain berkata nasihat itu dibuat berikutan bakteria Escherichia-Coli dikesan berpunca daripada air tebu yang dijual di bazar Ramadan berkenaan.

Penjaja juga diminta membersihkan tebu sebelum ia diproses menjadi air tebu, katanya di sini, hari ini.

Bakteria itu dikesan selepas Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mengambil sampel beberapa makanan di bazar Ramadan itu dan menunjukkan keputusan positif.

Hamsan, bagaimanapun berkata keadaan adalah terkawal dengan pihak MPS dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan terus melakukan pemantauan termasuk di bazar Ramadan lain sekitar daerah tersebut.

Bazar Ramadan di Bandar Sandakan adalah antara bazar yang dibuka di daerah ini sempena bulan Ramadan, selain di Taman Fajar Batu 7 Jalan Airport dan Bandar Sibuga Batu 8.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan