Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjaga tandas ditemui mati dengan kesan tikaman

12:06pm 31/10/2016 Pak Roshan 2166 views Berita Pilihan,Jenayah
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN: Seorang penjaga tandas di Pasar Tani Gum-Gum Batu 16, dekat sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam sebuah bilik di pasar tani itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata terdapat kesan kecederaan pada rusuk kanan mayat mangsa berumur 26 tahun itu yang dipercayai akibat tikaman senjata tajam.

Mayat mangsa ditemui bapanya pada jam 5.45 pagi, katanya di sini kelmarin.

Menurut Zabidi, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu baru tiga bulan bekerja sebagai penjaga tandas di pasar tani berkenaan.

Kebiasaannya mangsa akan balik bersama bapanya apabila selesai tugas namun pada hari kejadian, mangsa tidak berbuat demikian kerana menunggu dan berjumpa dengan seseorang.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan