Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penjaga Premis Pusat Refleksologi Ditahan Kerana Perdagangkan 16 Rakyat Asing

3:36pm 24/09/2016 Pak Roshan 732 views Jenayah,Mutakhir

tangan-digari-600x330

KOTA KINABALU : Seorang penjaga premis sebuah pusat refleksologi di sini ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia membabitkan 16 rakyat asing di premis berkenaan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Sabah SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki tempatan berumur 44 tahun itu juga direman empat hari sejak semalam.

“Pada 23 Sept (semalam) pukul 1.40 pagi, sepasukan polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah menjalankan serbuan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di mana maklumat mendedahkan beberapa orang warga asing telah dijadikan mangsa aktiviti pemerdagangan orang. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai seramai 14 wanita rakyat China, seorang wanita Filipina dan seorang lelaki China di dalam sebuah bilik. Kesemua berumur antara 22 tahun dan 42 tahun,” katanya.

Salehhudin berkata kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan