Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penipuan pengemis kudung terbongkar

10:20am 03/07/2016 Pak Roshan 5610 views Global
PENIPUAN pengemis itu terbongkar selepas seluarnya berjaya ditanggalkan.

PENIPUAN pengemis itu terbongkar selepas seluarnya berjaya ditanggalkan.

Beijing: Penipuan seorang lelaki menyamar pengemis kudung untuk membolehkan dia memperoleh wang dengan mudah terbongkar apabila diserang seorang penduduk yang sekian lama mengesyaki dia menipu mengenai kecacatannya.

Dalam video yang dirakam di China, seorang lelaki dilihat berjalan menuju ke pengemis itu yang kelihatan kudung kedua-dua kaki.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat menyentap seluar pengemis itu untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dia tidak kudung. Pengemis itu bergelut untuk melepaskan diri dan cuba meninggalkan tempat kejadian, tetapi gagal.

Rakaman yang dimuat naik ke Youtube itu kemudian menunjukkan pengemis terbabit memang mempunyai kaki, tetapi diikat untuk menyebunyikannya.

Pengemis terbabit dengan kedua-dua kakinya masih terikat kemudian cuba melarikan diri dengan papan beroda yang biasa digunakan oleh pengemis kudung di China.

 Lelaki yang menyerangnya kedengaran menjerit dalam bahasa Mandarin dengan menggelarnya penipu, tanpa berusaha untuk mengejar pengemis itu lagi. РAgensi/HMetro
SEORANG lelaki berusaha menanggalkan seluar pengemis berkenaan. prevnext

SEORANG lelaki berusaha menanggalkan seluar pengemis berkenaan. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan