Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penipuan mengenai soalan peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam dikenal pasti

Penipuan SPA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam GredW27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel [email protected] yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada jam 10 pagi kelmarin.

“Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah ‘Rahsia’ sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mahmood berkata segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my. — Bernama

Komen


Berita Berkaitan