Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peninju muda Sabah meninggal dunia

Ryan (tengah) bersama Presiden Persatuan Tinju Sabah, Datuk Orlando Harumal (kiri) dan Pengurus Pasukan Tinju Tambunan, Fabian Tonny Peter semasa zaman kegemilangannya. - foto Kalawon Sawing
Ryan (tengah) bersama Presiden Persatuan Tinju
Sabah, Datuk Orlando Harumal (kiri) dan Pengurus Pasukan Tinju
Tambunan, Fabian Tonny Peter semasa zaman kegemilangannya. – foto Kalawon Sawing

TAMBUNAN  – Pemergian peninju muda Sabah, Ryan Neils Yong, 23, yang menghidap penyakit kronik berpanjangan merupakan kehilangan besar buat sukan tinju di negeri ini.

Sepanjang pembabitannya, mendiang pernah mengharumkan Sabah dalam arena tinju tempatan dan kehilangan beliau bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarganya tetapi juga kepada warga Tambunan dan Sabah keseluruhannya.

Mendiang pernah muncul Juara Kejohanan Tinju Piala Tan Sri Joseph Pairin Kitingan 2011, Naib Juara Kejohanan Tinju Sabah Open 2011, Naib Juara Kejohanan Tinju Kota Belud Open, serta beberapa lagi perlawanan yang berprestij di peringkat daerah dan negeri.

Mendiang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berasal dari Kampung Nambayan Tambunan dan beliau dikebumikan hari ini di tanah perkuburan orang Kristian Kampung Nambayan di sini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan