Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peningkatan tahap literasi politik faktor dominan kekalahan BN

KOTA KINABALU: Pensyarah Ilmu Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Zaini Othman menyifatkan faktor yang paling dominan rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang lalu adalah peningkatan tahap literasi politik dalam kalangan masyarakat.

Katanya, peningkatan tahap literasi ini akhirnya muncul sebagai satu gelombang yang membawa bersama isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu isu yang lain yang seterusnya mendorong kepada kejatuhan BN.

Dr. Zaini menjelaskan, keputusan pilihan raya lalu bukan satu yang mengejutkan kerana berdasarkan kajian beliau, ‘tanda-tanda’ berkenaan telah mulai muncul sejak tahun 2008 yang akhirnya meletus pada pilihan raya kali ini.

“Satu faktor yang paling dominan bagi saya adalah sepertimana yang saya sebut tadi adalah tentang peningkatan tahap literasi politik dalam kalangan masyarakat itu sendiri.”

“Ini faktor yang paling dominen yang akhirnya muncul sebagai satu gelombang, yang membawa bersama hal-hal hak Sabah, tentang persoalan MA63 yang dibawa ke dalam gelombang itu, jadi gelombang persoalan persoalan ini mengikut bersama dengan peningkatan tahap literasi politik masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas forum ‘Ge14 And Implications For Sabah, di UMS, hari ini.

Sementara itu, menurut Pensyarah Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi Uitm Sabah Tony Paridi Bagang, pilihan raya lalu juga menjadi satu landskap yang baru bagi politik masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Katanya, jika diambil secara rambang sebanyak 12 kerusi yang majoritinya adalah pengundi KDM dilihat telah memberikan kepercayaan semula kepada BN yang sudah tentu mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Namun, beliau menyatakan ketika ini masih terlalu awal untuk membuat penilaian yang tuntas mengenai perkara itu berikutan stuktur pemerintahan kerajaan baharu masih belum kukuh sepenuhnya.

“Saya fikir ini sesuatu landskap politik yang baru lagi bagi masyarakat KDM, meskipun dinamika politik itu telah berlaku.”

“Kalau kita lihat daripada sejarah politik yang lalu dengan apa yang telah berlaku pada PRU 14, kalau kita lihat kepada kawasan kawasan KDM sebenarnya kalau saya boleh ambil secara rambang yang 12 kerusi tu kebanyakannya majoriti KDM, mereka telah memberikan undi semula kepercayaan kepada Barisan Nasional dan itu sudah tentu ada sebab mereka sendiri,”katanya./SayangSabah

Tony Paridi (tiga dari kanan) dan Dr. Zaini (dua dari kanan) bersama barisan ahli panel forum berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan