Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniagaan atas talian perlu berdaftar dibawah SSM- Zahrah

6:12pm 21/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan
KENANGAN... Jainab merakamkan gambar kenangan bersama Zahrah (tengah) serta para jemputan lain semasa pelancaran Larian SSM 2016, Diri Jelajah Kota Kinabalu, di Roberson @Sembulan, disini, hari ini.

KENANGAN… Jainab merakamkan gambar kenangan bersama Zahrah (tengah) serta para jemputan lain semasa pelancaran Larian SSM 2016, Diri Jelajah Kota Kinabalu, di Roberson @Sembulan, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Para peniaga atas talian perlu mendaftarkan perniagaan
mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tegas Ketua Pegawai
Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab.

Menurut beliau, setiap perniagaan samada atas talian atau konvensional
perlu didaftarkan dengan SSM demi kepentingan semua pihak .

“Peniagaan atas talian atau online business itu merupakan salah satu
cara para peniaga menjual produk serta barangan mereka.

“Berdasarkan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, setiap perniagaan yang dijalankan dan mendatangkan keuntungan, wajib didaftarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena majlis pelancaran larian SSM 2016- The Healthy ONE Siri jelajah Kota
Kinabalu, di Riverson Sembulan, disini, hari ini.

Di samping itu, Zahrah berkata bahawa pihak SSM mampu mengesan para
peniaga atas talian sekiranya berlakunya penipuan ketika berurusniaga.

Walau bagaimanapun, katanya, perniagaan yang mempunyai pendapatan yang berjumlah RM 100,000 dan ke bawah tidak akan dikenakan cukai.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Sementara itu, Jainab menyeru kepada masyarakat agar tidak memberikan
maklumat peribadi sewenang- wenangnya kepada orang lain.

Katanya, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan bijak dalam setiap
tindakan kita terutamanya ketika berurus niaga dengan orang lain.

“Kita perlu selidik setiap perniagaan yang ingin diceburi. Pada masa
ini, terdapat para peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan
maklumat peribadi kita untuk kepentingan diri sendiri,”katanya.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan